Sabtu, 07 Juni 2014

Android Runtime (ART)


Ketika Jelly Bean diperkenalkan, Google juga memperkenalkan Project Butter yang dibangunkan untuk memberikan navigasi yang licin pada Android sekurang-kurangnya selicin iOS dan Windows Phone. Jelly Bean memang cukup smooth namun ia agak terhad hanya pada model-model high end dengan RAM 1GB keatas.



"Android tidak akan sepantas iOS dan Windows Phone"

Kenyataan diatas ada kebenarannya. Ini adalah kerana sejak dari awal lagi Android menggunakan virtual machine yang dikenali sebagai Dalvik untuk menjalankan kesemua apps padanya. Setiap app Android berada didalam sandbox dan hanya boleh berinteraksi dengan hardware melalui Dalvik. Berbeza dengan iOS dan Windows Phone, mereka menjalankan app dalam bentuk native code ataupun code yang dapat berinteraksi terus dengan hardware tanpa "orang tengah".


Disini Dalvik harus dipersalahkan yang menyebabkan Android tidak sepantas pesaingnya. Namun Google memilih untuk menggunakan virtual machine Dalvik adalah disebabkan Android itu sendiri yang direka untuk pelbagai peralatan termasuk smartphone, tablet, smart tv, mini pc, laptop dan sebagainya. Dengan cara menggunakan virtual machine, pembangun apps hanya perlu membangunkan satu app Dalvik sahaja dan ia boleh berfungsi pada kesemua gajet Android.


Setiap app pada Android termasuk home screen sendiri adalah terdiri dari code yang belum di compile. Proses compilationuntuk menukar app kepada code yang boleh difahami oleh hardware hanya akan berlaku ketika aplikasi dijalankan dan ianya dilakukan oleh Dalvik virtual machine (VM). Proses ini dikenali sebagai Just In Time (JIT). Ia akan menggunakan masa CPU yang lebih panjang sekaligus mengurangkan kadar responsif dan mengambil lebih banyak tenaga bateri.



Android Runtime (ART) akan menggantikan Dalvik VM

Android 4.4 KitKat adalah platform bagi Google bereksrimen bagi menguji Android Runtime (ART). ART yang ketika ini masih di tahap pengujian dijangka akan menggantikan Dalvik pada versi Android akan datang. Berbeza dengan Dalvik, ART menggunakan teknik Ahead Of Time (AOT) dimana setiap app akan di compile terlebih dahulu ketika proses pemasangan (installation). Hasilnya app akan dapat berinteraksi terus dengan hardware dan pastinya keseluruhan Android akan berfungsi sepantas iOS.

Dengan ART, pembangun apps masih boleh teruskan menulis apps menggunakan code yang sama dan setiap apps masih boleh berfungsi pada pelbagai peralatan malah apps mereka akan menjadi lebih pantas dan menggunakan sumber bateri dan RAM yang lebih rendah. Malalui ART juga Google mengharapkan gajet low end dengan RAM serendah 512MB juga akan dapat merasai pengalaman Android yang licin dan responsif. Namun disebabkan code pada apps telah di compileketika pemasangan, setiap app akan mengambil lebih banyak ruang storage berbanding Dalvik.

ART masih bersembunyi disebalik KitKat




Android 4.4 KitKat hadir dengan ART namun Google tidak mengaktifkannya sebagai default disebabkan ia masih di peringkat ujian. Namun Google memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba ART pada gajet mereka. Untuk mengaktifkan ART, pengguna hanya perlu ke Developer Options > Select runtime dalam setting. Setelah memilih ART, proses restart akan bermula dan Android akan menterjemah code terlebih dahulu, ia akan mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada jumlah apps pada gajet tersebut.

Kami menggunakan Galaxy Tab 2 untuk menguji ART. Selepas tablet dihidupkan semula dengan ART, perubahan ketara dapat dirasakan bukan sahaja pada home screen, malah game FIFA 14 yang sebelum ini agak berat pada tablet ini, kini cukup licin dan pantas seperti bermain pada Galaxy S4. Setiap perubahan page pada home screen dilakukan dengan sempurna tanpa sekat. Malah ART mampu melonjakkan score Quadrant Benchmark pada Tab 2 7.0 dari 3255 kepada 4210 membuatkan prosessor TI OMAP padanya setaraf dengan Tegra 3. 


Dalvik (kiri) vs ART (kanan)


Galaxy Tab 2 7.0 dengan Android 4.4 KitKat (CyanogenMod 11) digunakan untuk menguji ART

Mungkin dalam setahun dua lagi setelah ART menjadi standard, Android tidak lagi sinonim dengan lagging dan kurang responsif walaupun pada smartphone murah. Perkembangan yang pasti akan menakutkan bagi Apple, Microsoft dan juga Nokia.